Yang datang ...
1) Pinkusta
2) Lonely ^ Elf
3) Seberapepantas
4) Salamenders
5) Rangga
6) Farrel
7) Apo
8 ) Azhar_rxz
9) Rostam
10) Rayerz
11) Paperless
12) Joaquinshah
13) Kambing_janggoth + partner
14) Dr X aka Jaja (adik lim tat)
15) adik alan
16) Lim tat + mak + adik (huhu siap bwk mak tu.. ahaksss.. ekceli dia dr kpg nih)
17) Kim Keisuke
18) huder
19) osmetHasta
20) katakcomei
21) wawa (member katak)
22) gadis + partner
**lain-lain tu member pada forumnis kita.. thanks kerana dtg..
***************************************************************************************
Ulasan dr Joaquinshah
First Half –
Aku maleh nak ulas satu satu. Tgh byk keje. Tapi rumusan aje la ek. Bhgn defend. Azhar ngan din rhino terpaksa keje keras. Diorang berdua dah macam jadi defensive midfield. Terpaksa cover tmpt kosong midfield yang berlubang banyak kerana Jaja terpaksa buat kerja sensorang utk cover midfield. Arul completely lost kat midfield. Takda arah tujuan. Ijam, an, rangga dan alan aku nampak ok. Bergerak pantas. Enjin bhgn kiri dan kanan nampak bergerak dan efektif. So bg aku well done utk forward walaupun takda score. aku nampak rangga yang byk bocorkan left back derang. Tak lupa jugak player lain ijam, alan dan an yang juga turut sama berjuang mempertahankan Gondor. Rayerz dan sorang lagik nama tak silap aku borhan kot. So far ok di sebelah kiri dan kanan. Wan seperti biasa tak perlu di komen la. Kemampuan dia dah diketahui.
Second half –
Second half, nampak lebih tersusun. Bhgn tgh dah kurang berlubang bila lim tat masuk. Selain itu, janggoth, kim, member apo, apo farrel bertukar dgn pemain lain. (ada lagik ke player lain?) member apo main center back. Apo plak memula main bhgn kanan, pehtu kiri plak. Mana satu tah dia nih. Tapi kemasukan dia bawak sedikit impak pada bhgn sayap kerana nampak kira byk serang dari bhgn sayap. Dan juga ijam yang menyamar menjadi mesin potong rumput. Bhgn tgh nampak lebih ber’orang’ kerana kemasukan lim tat, farrel dan janggoth yang banyak menutup lubang lubang yang telah ditinggalkan pada separuh masa pertama. Kim keisuke pula, ter banyak kebelakang. Taktau la sebab apa. Kerana sweeper dah ke atas tapi dia masih dok dekat bawah lagi. Gap yang ditinggalkan mmg jauh dan merbahaya.
Eh lupa plak. Penjaring gol mesra adalah azhar rxz hasil sepakan percuma. Dan gol kedua dari apo5027 hasil bola muntah keeper. Eeeiiiyeekkk..! muntah keeper.. ahahaaha…
Ok rumusan. Permainan semalam bg aku ok. Dah nampak persefahaman antara pemain pemain. Walaupun blum 100%. Bulan depan insyaAllah leh arrange ngan kelab aku. Kalau available la..
-------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan dr Lonely ^ Elf
Flashback game ari tu...
Mesra FC 2-3 Formahero
Mesra FC mmg psikologi kureng sket ari tu...leadership skills sorang pon takde...harapkan kapten tapi kapten ade masalah teknikal...sampai lewat...so...dengan kemampuan takat mana yang ada...kalah tipis aje la team kita...kira ok la 2-3...nasib tak kena 3-0...dah lama tak main bola...masing2 cepat pancit,pastu position pon tak brapa nak tetap,ape yg buleh diceritakan?...pasal gol je la...
1st gol (1st half) dijaringkan oleh Azhar Helguera(amacam,best nick ko?),sepakan percuma jarak jauh lebih kurang 30m dari tiang gol...diperolehi disebabkan Cristiano Arolnaldo dikasari...oppenent nak tanduk bola tapi dia tanduk mata aku,pastu Azhar dengan konpidennye menyepak bola terus ke gawang lawan dengan sepenuh tenaganya...bola menuju tepat ke tangan gol keeper Formahero namun terlepas dan terus masuk ke dalam GOLLL!!!...kejap je Mesra FC hangat...
Then 2nd gol (2nd half)...lagi skali pemain Mesra FC dikasari,Alan Smith pemain forward Mesra FC kalo tak silap,pastu pengadil menghadiahkan tendangan percuma skali lagi...kali ni dekat...depan kotak penalti jer...Azhar lagi skali amik free-kick tu,dia wat direct freekick...pastu bola ditampan oleh pemain lawan, loss ball ke sebelah kiri padang,tiba2 bola disambar oleh Apo,Apo menyepak bola,tapi slek,pastu dengan boot bola unik yg beliau gunakan,yang takde stat...dalam keadaan terduduk dengan kemas beliau mengawal bola dibawah tapak kasutnya,gol keeper lawan cube menerkam...tetapi Apo nampaknya lebih pantas menolak bola kedalam GOLLL!!!...begitulah ceritanya...Man of the Macth...utk Mesra FC...Azhar Helguera...
Apo,yg mulanye jadik Midfield kanan...yg muntah2 kat tepi padang,aku taktau nape ngan dia,salah makan ke ape...pastu sbelum abes tu dia ditukarkan jadi Defender kiri...masa tu la dia jadi mcm Roberto Carlos datang menyambar...perghh!...